NOVEMBER 2022

Kerajaan GPS Komited Utamakan Agenda Sarawak - Abg. Jo


BETONG,  Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperjuangkan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan  Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, perjuangan itu memerlukan suara yang kuat di Dewan Rakyat bagi menyelesaikan isu berbangkit mengenai perjanjian tersebut. 

Mengimbas kembali kemenangan Sarawak melawan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung hak cukai jualan bagi produk petroleum, Premier Sarawak yakin dengan keberanian dan perpaduan yang kukuh dapat merealisasikan usaha itu. 

“Apabila saya melihat perkara itu dalam perlembagaan, saya rujuk kepada Peguam Besar Negeri  dan beliau berkata itu adalah 'constitutional right'. Oleh itu saya laksanakan percukaian  terhadap Petronas.

"Petronas menafikan untuk pembayaran kerana mereka mempunyai PDA, saya kata PDA mesti bersama dengan undang-undang kita OMO, kita lawan Petronas di mahkamah. 

“Akhirnya, mahkamah membuat keputusan Sarawak ada hak untuk melaksanakan cukai jualan. Sebab itu dari tahun 2018 hingga 2021, kita telah mengutip RM10 billion tambahan pendapatan,” jelas beliau. 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan Seminar Pemerkasaan Institusi Pentadbiran Peringkat Akar Umbi Bahagian Betong di Dewan Sukan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong pada Sabtu. 

Sumber dari : Sarawakku